top of page
Wartawan Nabalu News

PKP: AKTIVITI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN TIDAK DIBENARKAN



12 Jan 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Aktiviti pelancongan dan kebudayaan tidak dibenarkan beroperasi di negeri ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Ketua Menteri Datuk Hajiji Haji Noor berkata, hotel dan penginapan dibenarkan beroperasi bagaimanapun tetamu perlu berada bilik penginapan dan tempahan makanan secara room service sahaja.


“Kemudahan hotel seperti gymnasium, kolam renang, bilik mesyuarat, dewan makan, spa dan lain-lain tidak dibenarkan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.


Hajiji berkata, semua aktiviti di bawah sektor pengilangan dan pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan dan pengedaran, serta perladangan dan komoditi dan rangkaiannya juga dibenarkan beroperasi mengikut senarai di bawah perkhidmatan perlu (essential services).


Katanya, Standard Operating Procedure (SOP) akan disediakan oleh Pihak Berkuasa Negeri.


“Kehadiran bekerja hendaklah tidak melebihi 30 peratus bagi kumpulan pengurusan dan tidak melebihi 50 peratus bagi kumpulan pekerja sokongan. Waktu operasi adalah dari jam 6 pagi hingga 8 malam,” katanya.

Commenti


bottom of page