PKP DAERAH SANDAKAN BERMULA 17 - 30 APRIL INI
- Wartawan Nabalu News
- Apr 15, 2021
- 1 min read

15 April 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah Sandakan berkuat kuasa 17 April sehingga 30 April ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, pelaksanaan PKP ini antara lain untuk memastikan kadar infeksi terkawal dan tidak menular dengan pantas ke kawasan lain dalam daerah mahupun ke daerah berlainan.
`
"Sehingga hari ini, sebanyak 46 kes baru telah direkodkan dan secara kumulatifnya sebanyak 6,806 keseluruhan kes dilaporkan di daerah itu.
"KKM mengesahkan sebanyak 78 kes juga direkodkan dalam tempoh 14 hari dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi di lokaliti ini.
"Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju untuk melaksanakan PKP di Sandakan berkuat kuasa 17 April sehingga 30 April 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.
Comments