top of page
Wartawan Nabalu News

PKP: GERAI MAKAN DIBENAR BEROPERASI UNTUK 'TAKE AWAY' SAHAJA



14 Jan 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Aktiviti pembekalan atau penjualan makanan di gerai makan, kenderaan saji (food truck), penjaja dan medan selera termasuk gerai makan tepi jalan dibenar beroperasi secara bawa pulang (take away) atau pandu lalu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, waktu operasi perniagaan yang dibenarkan ialah 6.00 pagi hingga 8.00 malam dan dine-in tidak dibenarkan.


Beliau berkata, kerajaan negeri juga membenarkan operasi perhutanan huluan (upstream) melibatkan operasi pembalakan dan pengangkutan kayu balak, pembangunan ladang hutan, rehabilitasi hutan, inventori hutan dan rawatan silvikultur.


“Kebenaran juga diberikan untuk operasi perhutanan hiliran (downstream) yang melibatkan operasi kilang dan aktiviti eksport/ import.


“Operasi sektor ini melibatkan kapasiti 50 peratus pekerja sokongan dan 30 peratus pekerja peringkat pengurusan pejabat dalam satu-satu masa bekerja.

“Waktu operasi yang dibenarkan ialah 6.00 pagi hingga 6.00 petang dari hari Isnin hingga Jumaat. Manakala pada hari Sabtu dan Ahad, tertakluk kepada permohonan dan kelulusan Pegawai Perhutanan Daerah,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Bagaimanapun katanya, aktiviti rekreasi hutan termasuk hiking, memancing, joging, berbasikal dan aktiviti lain adalah tidak dibenarkan.

Comentarios


bottom of page