PKP: REFLEKSOLOGI, PENJUALAN CD/DVD MASIH TIDAK DIBENARKAN
- Wartawan Nabalu News
- Jan 22, 2021
- 1 min read

22 Jan 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Perkhidmatan refleksologi atau urut dan penjualan CD/DVD masih tidak dibenarkan beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, perniagaan penjualan barang kemas adalah dibenarkan memandangkan ianya termasuk dalam senarai perkhidmatan perlu iaitu sektor perdagangan pengedaran.
“Sehubungan itu, sekiranya terdapat perniagaan bukan perkhidmatan perlu yang beroperasi dalam tempoh PKP maka dipohon agar aduan dikemukakan kepada pihak berkuasa agar tindakan penguatkuasaan dapat diambil,” katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.
Masidi berkata, kerajaan melalui Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara telah bersetuju dengan senarai perkhidmatan perlu yang dikemukakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) iaitu berjumlah 38 sebagai senarai perkhidmatan perlu di seluruh negara.


















Comments