top of page

PKPB DI SABAH DILANJUTKAN SEHINGGA 6 DISEMBER

  • Wartawan Nabalu News
  • Nov 8, 2020
  • 1 min read

7 NOV 2020


KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah yang sepatutnya berakhir pada 9 November ini akan dilanjutkan 4 minggu lagi sehingga 6 Disember ini.


Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain Sabah, tempoh PKPB juga akan dilanjutkan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan empat minggu lagi.


Beliau berkata, PKPB juga akan dilaksanakan di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan.


“PKPB akan berkuatkuasa selama empat minggu bermula 9 November ini hingga 6 Disember depan.


“Penguatkuasaan PKPB itu dilaksanakan selepas Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara mendengar pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung peningkatan kes positif Covid-19 di beberapa negeri di Semenanjung,” katanya.


Ismail Sabri berkata, bagi negeri Sarawak pula, pergerakan rentas negeri dari Semenanjung, Sabah dan Labuan tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran daripada PDRM.


“Walaubagaimanapun, pergerakan rentas daerah dalam negeri Sarawak dibenarkan kecuali ke daerah Kuching,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page