PKPB DI TAMAN MESRA, TAMAN MAWAR SANDAKAN LIBATKAN 22,500 PENDUDUK MULA 28 OKT
- Wartawan Nabalu News
- Oct 26, 2020
- 1 min read

26 OKTOBER 2020
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lokaliti Taman Mesra dan Taman Mawar, Sandakan melibatkan seramai 22,500 penduduk, akan dilaksanakan untuk tempoh dua minggu bermula 28 Oktober sehingga 10 November.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri berkata, keputusan itu diambil setelah mengambil kira peningktan kes di dua lokaliti itu.
“Sidang khas hari ini mendengar pembentangan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah mengenai peningkatan kes positif Covid-19 di Taman Mesra dan Taman Mawar, Sandakan.

“Mengambil kira peningkatan kes di dua lokaliti itu, sidang khas bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Taman Mesra dan Taman Mawar, Sandakan. PKPD di kedua-dua lokaliti ini merangkumi 5,100 unit rumah ,” katanya dalam sidang media yang disiarkan secara langsung, hari ini.
Ismail Sabri berkata, Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini, bagaimanapun kedai runcit dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi sehingga 6.00 petang bagi memberi peluang kepada penduduk membeli barang keperluan asas.
Maklumat lanjut boleh dilayari laman sesawang MKN.















Comments