top of page

PKPB DI TAWAU, KUNAK, SEMPORNA DAN LAHAD DATU DILANJUTKAN SEHINGGA 26 OKT

  • nabalunews
  • Oct 11, 2020
  • 1 min read

Updated: Feb 3, 2021


ree
gambar hiasan

11 OKTOBER 2020

OLEH WARTAWAN NABALU NEWS

KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di empat daerah iaitu Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu yang diisytiharkan kawasan merah dilanjutkan sehingga 26 Oktober ini.

Ketua Menteri Datuk Hajiji Mohd Noor berkata, ini kerana kawasan itu masih merekodkan bilangan kes positif yang tinggi.

“Memandangkan kes positif COVID-19 di empat daerah itu masih tinggi maka pelaksanaan PKPB dilanjutkan bermula 13 Oktober hingga 26 Oktober ini”, katanya dalam satu kenyataan, di sini, kelmarin.

Hajiji berkata, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di enam lokaliti dalam daerah Semporna dan satu lokaliti di Kunak telah dikuatkuasakan mulai 10 Oktober hingga 23 Oktober ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah (COVID-19) akan terus memantau perkembangan penularan COVID-19 di negeri ini dan mengambil tindakan bagi membendung penularan.

“Kerjasama semua penduduk di Sabah amat diharapkan supaya penularan pandemik COVID-19 ini dapat dikawal,” katanya.

Beliau turut mengingatkan rakyat Sabah supaya sentiasa mematuhi arahan dan Prosedur SOP yang ditetapkan oleh kerajaan dan memainkan peranan masing-masing memerangi pandemik COVID-19.

“Sila patuhi nasihat kesihatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan jadikan ia satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian,” katanya.

Kelmarin, laporan kes positif Covid-19 di Sabah masih menunjukkan bilangan yang agak tinggi iaitu sebanyak 277 kes.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page