PKPB: POLIS ARAH 187 KENDERAAN PATAH BALIK, KELUARKAN 36 KOMPAUN
- nabalunews
- Nov 6, 2020
- 1 min read

6 Nov 2020
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Sebanyak 187 buah kenderaan diarah berpatah balik dan 36 kompaun dikeluarkan atas kesalahan melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19, seluruh Sabah kelmarin.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, arahan berpatah balik dan kompaun itu dikeluarkan dalam sekatan jalan raya (SJR) Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau berkata, PDRM telah melaksanakan sebanyak 64 SJR melibatkan pemeriksaan 37,912 kenderaan.
“PDRM juga telah melaksanakan 80 hebahan melalui kereta peronda. Kadar pematuhan penduduk terhadap SOP PKPB ialah 96.5 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, kelmarin.
Masidi berkata, penguatkuasaan SOP turut dijalankan di perairan laut Sabah oleh Pasukan Polis Marin melibatkan 45 pemeriksaan di kawasan Pantai Timur dan 17 pemeriksaan di perairan Kota Kinabalu dan Labuan.
Selain itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah juga melaksanakan sanitasi di 11 premis di empat daerah iaitu Semporna, Tawau, Kudat dan Kota Kinabalu.
“Hebahan umum Info On Wheels Jabatan Penerangan Sabah mengenai pematuhan SOP, amalkan 3W, elakkan 3C dan pembudayaan norma baharu telah dilaksanakan di 102 lokasi di 15 buah daerah,” katanya.















Comments