top of page

PKPB: TIGA DAERAH CATAT KADAR PEMATUHAN TINGGI

  • Wartawan Nabalu News
  • Nov 12, 2020
  • 1 min read


12 NOV 2020

Oleh Wartawan Nabalu News

KOTA KINABALU: Tiga daerah mencatatkan kadar pematuhan yang tinggi prosedur operasi Standard (SOP) semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Kinabatangan dan Sipitang mencatatkan kadar pematuhan sebanyak 99 peratus dan Kota Kinabalu (98.63 peratus).

“Manakala tiga daerah yang mencatatkan kadar pematuhan yang terendah ialah Semporna (95 peratus), Kota Belud (96 peratus) dan Ranau (96 peratus),” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.

Masidi berkata, Polsi Diraja Malaysia (PDRM) melaksnakan sebanyak 67 sekatan jalan raya (SJR) melibatkan pemeriksaan 53,162 kenderaan.

“Daripada jumlah itu, 119 buah kenderaan diarah berpatah balik manakala 30 kompaun dikeluarkan atas kesalahan melanggar SOP COVID-19.

“PDRM juga telah melaksanakan 69 hebahan melalui kereta peronda. Kadar pematuhan penduduk terhadap SOP PKPB ialah 97.65 peratus,” katanya.

Katanya lagi, penguatkuasaan SOP turut dijalankan di perairan laut Sabah oleh Pasukan Polis Marin yang melibatkan 41 pemeriksaan di kawasan Pantai Timur dan 20 pemeriksaan di perairan Kota Kinabalu dan Labuan.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah telah melaksanakan sanitasi di 12 premis di tujuh buah daerah iaitu Semporna, Beluran, Kota Kinabalu, Penampang, Kota Marudu, Kinabatangan dan Tawau,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page