PKPD AVENUE PENAMPANG DITAMATKAN ESOK

4 DIS 2020
KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di K Avenue Penampang ditamatkan esok (5 Disember).
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, berdasarkan penilaian risiko dan saringan yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati kes positif Covid-19 di kawasan itu telah terkawal.
“Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah COVID-19 pada 3 Disember dengan nasihat Pengarah Kesihatan Negeri Sabah telah bersetuju supaya PKPD di lokaliti ini ditamatkan mengikut jadual,” katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.
Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan PKPD di K Avenue, Penampang bermula 24 November dan dijadual tamat pada 5 Disember.
Comments