PKPD DI BEBERAPA LOKALITI DI LAHAD DATU, SANDAKAN MULAI 4 JUN
- Wartawan Nabalu News
- Jun 2, 2021
- 1 min read

2 Jun 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Lorong Taman Utama Sandakan dan Kampung Sepagaya Hulu Silam Lahad Datu akan dilaksanakan bermula 4 Jun hingga 17 Jun ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, pelaksanaan PKPD itu bagi memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalankan pengesanan awal kes Covid-19 supaya dapat diasingkan secepat mungkin.
"KKM hari ini melaporkan situasi semasa kes Covid-19 melibatkan Lorong Taman Utama 5, 6, 7 & 8, Taman Utama, Sandakan.
"Berlaku peningkatan yang ketara dalam tempoh singkat apabila sembilan kes positif telah direkodkan hasil daripada 13 saringan dengan kadar positiviti 69.2 peratus.
"Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan PKPD di Lorong Taman Utama 5, 6, 7 & 8, Taman Utama, Sandakan, berkuat kuasa 04 Jun sehingga 17 Jun ini," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.
Masidi berkata, bagi Kampung Sepagaya Hulu Silam pula, sebanyak 19 kes direkodkan hasil daripada 35 ujian saringan di lokaliti berkenaan dan kadar positiviti 54.3 peratus.















Comments