top of page

PKPD di dua lokaliti bermula 31 Ogos ini

  • Writer: Jacquline Ebit
    Jacquline Ebit
  • Aug 29, 2021
  • 1 min read



29 Ogos 2021 Oleh Jacquline Ebit KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di dua lokaliti melibatkan daerah Tawau dan Ranau bermula 31 Ogos hingga 13 September ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, lokaliti tersebut ialah Kampung Bukit Gemuk, Tawau, dan Kampung Nasakot, Ranau.

"PKPD di lokaliti berkenaan dilaksanakan setelah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19," katanya dalam kenyataan media, hari ini. "Secara keseluruhan, jumlah PKPD aktif setakat ini telah meningkat kepada 112 lokaliti, dengan bilangan tertinggi di Tawau (31 lokaliti), Kota Kinabalu (13 lokaliti), Penampang (10 lokaliti), dan Kota Belud (10 lokaliti)," katanya. Beliau berkata, kerajaan juga memutuskan untuk melanjutkan PKPD di Taman Megah Jaya ( Lorong 2, 3, 9, dan 10) Tawau. “PKPD di lokaiti itu sepatutnya dijadualkan tamat pada 30 Ogos, namun dilanjutkan sehingga13 September ini. “Berdasarkan analisa oleh KKM mengenai risiko serta trend jangkitan Covid-19, PKPD di lokaliti berkenaan dilanjutkan,” katanya


 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page