top of page

PKPD DI DUA LOKALITI DI MEMBAKUT DAN TAWAU MULAI 6 JULAI

Wartawan Nabalu News


4 Julai 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bersetuju melaksanakan Perintah Kawala Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua lokaliti iaitu Kampung Jambatan Baru Membakut dan Blok 6, Kampung Titingan Tawau bermula 06 Julai sehingga 19 Julai ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, pelaksanaan PKPD bertujuan untuk memastikan penduduk yang berisiko dijangkiti COVID-19 kekal berada dalam kawasan.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi terkini kes Covid-19 di Kampung Jambatan Baru, Membakut, Beaufort.


“Sehingga kini, KKM telah melakukan 20 ujian saringan dan 17 daripadanya dilaporkan positif Covid-19 dengan kadar positiviti 85.00 peratus.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Jambatan Baru, Membakut Beaufort berkuat kuasa 06 Julai sehingga 19 Julai 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, bagi Blok 6, Kampung Titingan Tawau pula, sehingga kini, KKM telah melakukan 17 ujian saringan dan sembilan daripadanya dilaporkan positif Covid-19 dengan kadar positiviti 52.94%.


“Pelaksanaan PKPD bertujuan untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page