PKPD di dua lokaliti di Putatan bermula 10 September iniPKPD di dua lokaliti di Putatan bermula 10 September ini
top of page
  • Writer's pictureJacquline Ebit

PKPD di dua lokaliti di Putatan bermula 10 September ini


Gambar hiasan

8 September 2021

Oleh Jacquline Ebit


KOTA KINABALU: Dua lokaliti di Putatan akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 10 September hingga 23 September ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, lokaliti tersebut ialah Kampung Ulu dan  Kampung Pasir Putih.


Beliau berkata, PKPD di lokaliti berkenaan dilaksanakan setelah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19.


"Secara keseluruhannya, jumlah PKPD aktif setakat ini menurun kepada 53 lokaliti, dengan bilangan tertinggi di Ranau dan Tawau masing-masing dengan sembilan lokaliti," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Tambah Masidi, pelanjutan PKPD di dua lokaliti melibatkan daerah Ranau dan Putatan akan dilanjutkan.


"PKPD di Kampung Lohan Ulu, Ranau dan Kampung Pengalat Kecil, Papar yang dijadualkan tamat pada 9 September ini akan dilanjutkan lagi sehingga 23 September ini.


"Berdasarkan analisa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19, PKPD di lokaliti tersebut dilanjutkan," katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page