top of page

PKPD DI KAMPUNG NUMBAK, PENEMPATAN TELIPOK DILANJUTKAN SEHINGGA 13 DIS

  • Wartawan Nabalu News
  • Nov 29, 2020
  • 1 min read


29 Nov 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Numbak dan penempatan Telipok yang sepatutnya berakhir hari ini dilanjutkan sehingga 13 Disember ini.


Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana sehingga 27 Nov, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan masih terdapat 109 kes aktif di Kampung Numbak dan 136 kes aktif di penempatan Telipok.


“Selain jumlah kes aktif yang masih tinggi, terdapat ramai lagi penduduk di kedua-dua lokaliti ini yang perlu menjalani ujian saringan.


“Berdasarkan penilaian risiko dan nasihat KKM, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD di dua kawasan berkenaan,’’ katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Sebelum ini, kerajaan melaksanakan PKPD di kawasan berkenaan bermula 16 November dan dijadualkan berakhir hari ini (29 Nov).



Opmerkingen


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page