top of page

PKPD di Kampung Tamu Darat, Kota Belud bermula 20 September

  • Wartawan Nabalu News
  • Sep 18, 2021
  • 1 min read

Gambar hiasan

18 September 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di Kampung Tamu Darat, Kota Belud bermula 20 September hingga 3 Oktober ini.


Beliau berkata, PKPD di lokaliti berkenaan dilaksanakan setelah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19.


"Secara keseluruhannya, jumlah PKPD aktif setakat ialah sebanyak 37 lokaliti melibatkan 13 daerah dengan jumlah PKPD aktif yang tertinggi ialah di Ranau (lapan lokaliti)," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Tambah Masidi, PKPD di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kota Kinabalu akan ditamatkan seperti yang dijadualkan iaitu pada 19 September.

“PKPD ditamatkan di lokaliti berkenaan setelah meneliti pembentangan oleh KKM mengenai situasi semasa,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page