top of page

PKPD DI KG. MUHIBBAH RAYA, TAWAU DAN KG. BUKIT BELACON, LAHAD DATU MULA ESOK (11 APRIL)

  • Wartawan Nabalu News
  • Apr 10, 2021
  • 1 min read

Gambar Hiasan

10 April 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bersetuu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Muhibbah Raya Tawau dan di Kg.Bukit Belacon Mukim Segama, Lahad Datu bermula esok (11 April).


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, pelaksanaan PKPD sebagai langkah pencegahan COVID-19 daripada menular ke lokaliti lain.


“Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 113 ujian saringan di Kg. Muhibba Raya Tawau dan daripada jumlah itu, secara kumulatifnya sebanyak 30 kes positif COVID-19 dilaporkan.


“KKM juga mengesahkan terdapat penularan kes selain kadar kebolehjangkitan adalah tinggi di lokaliti ini.


“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Muhibbah Raya berkuatkuasa 11 April sehingga 24 April 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.


Masidi berkata, bagi Kg.Bukit Belacon Mukim Segama, Lahad Datu pula, sehingga kini, KKM telah melaksanakan 543 ujian saringan dan daripada jumlah itu, secara kumulatifnya sebanyak 26 kes positif COVID-19 dilaporkan.


Katanya, KKM juga mengesahkan terdapat peningkatan ketara kes dalam tempoh seminggu serta kadar kebolehjangkitan adalah tinggi di lokaliti ini.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page