top of page

PKPD DI KG.SAGUKING LAUT, KG.SEBOR BARU LABUAN, MULAI ESOK

  • nabalunews
  • Oct 20, 2020
  • 1 min read


20 OKTOBER 2020


Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Saguking Laut dan Kg.Sebor Baru Wilayah Persekutuan Labuan akan bermula esok (21 Oktober) hingga 3 November ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu diambil selepas mendengar pembentangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah berkenaan peningkatan kes positif Covid-19, di Kampung Saguking Labuan.

“Sehubungan itu, atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sidang khas MKN bersetuju melaksanakan PKPD melibatkan Kg.Saguking Laut dan Kg.Sebor Baru bermula esok.

“Jumlah penduduk kampong yang terlibat adalah seramai 8,062 orang,” katanya dalam sidang media yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Kementerian Pertahanan Malaysia, hari ini.

Ismail Sabri berkata, PKPD dilaksanakan bagi membolehkan pengawalan pergerakan keluar masuk di kawasan tersebut dan memudahkan pelaksanaan ujian saringan Covid-19.

“Kawalan keselamatan dan penguatkuasaan akan dilakukan oleh agensi keselamatan iaitu PDRM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM),” katanya.

Beliau berkata, pergerakan keluar masuk di dua buah kampung itu tidak dibenarkan kecuali kecemasan dan penduduk yang bekerja juga tidak dibenarkan keluar dari kawasan tersebut.

“Semua aktiviti sosial/keagamaan dan segala bentuk perhimpunan serta aktiviti Barter trade yang dilaksanakan di kawasan ini juga tidak dibenarkan.

“Bagaimanapun sedikit kelonggaran diberikan terhadap aktiviti perniagaan untuk menjana ekonomi seperti kedai runcit dan premis makanan dan dibenarkan beroperasi sehingga pukul 6.00 petang melalui kaedah take-away sahaja,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page