top of page
  • Wartawan Nabalu News

PKPD di Perumahan Ladang FELDA Umas 6, Kalabakan mulai 23 September ini



21 Sept 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di Perumahan Ladang FELDA Umas 6, Kalabakan bermula 23 September hingga 6 Oktober ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, PKPD di lokaliti berkenaan dilaksanakan setelah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19.


"Secara keseluruhannya, jumlah PKPD aktif setakat ini telah menurun kepada 26 lokaliti, melibatkan 13 daerah dengan jumlah PKPD aktif yang tertinggi di Ranau dengan enam lokaliti," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Tambah beliau, dua lokaliti PKPD melibatkan daerah Tenom dan Ranau juga akan ditamatkan seperti yang dijadualkan iaitu pada 22 September.

"Lokaliti tersebut ialah Kampung Sugiang Baru di Tenom dan Kampung Rapak di Ranau," katanya.

PKPD ditamatkan di lokaliti berkenaan setelah meneliti pembentangan oleh KKM mengenai situasi semasa, kata Masidi.



bottom of page