top of page

PKPD DI PTS TAWAU, PENJARA SANDAKAN DAN KUARTERS PENJARA TAMAN WIRA DILANJUTKAN HINGGA 3 DIS

  • Wartawan Nabalu News
  • Nov 18, 2020
  • 1 min read

Gambar Hiasan

18 Nov 2020


Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau, Penjara Sandakan dan Kuarters Penjara Taman Wira, Sandakan akan dilanjutkan selama 14 hari lagi bermula 20 November ini hingga 3 Disember.


Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu diambil kerana jumlah kes aktif dan bilangan sampel saringan yang belum mendapat keputusan bagi lokaliti-lokaliti itu masih lagi tinggi.


“Bagi Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan sebanyak 1,740 saringan dan sehingga 17 November masih terdapat 137 kes aktif direkodkan manakala 924 sampel saringan lagi masih menunggu keputusan.


“Bagi Penjara Sandakan dan Kuarters Penjara Taman Wira, Sandakan, KKM telah membuat sebanyak 1,743 saringan dan sehingga kelmarin masih terdapat 141 kes aktif direkodkan manakala 203 sampel saringan lagi masih menunggu keputusan.


"Secara keseluruhannya jumlah kes aktif dan bilangan sampel saringan yang belum mendapat keputusan bagi lokaliti-lokaliti ini masih lagi tinggi,” katanya pada sidang media, hari ini.


Ismail Sabri berkata, sehubungan itu atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, sidang khas hari ini bersetuju untuk melanjutkan PKPD di PTS Tawau, Penjara Sandakan dan Kuarters Penjara Taman Wira, Sandakan selama 14 hari lagi.


Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan PKPD di lokaliti-lokaliti itu pada 6 November lalu.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page