top of page

PKPD DI TIGA LOKALITI DI SABAH MULAI 17 JULAI

  • Wartawan Nabalu News
  • Jul 15, 2021
  • 1 min read


15 Julai 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bersetuju melaksanakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di tiga lokaliti di Sabah bermula 17 Julai hingga 30 Julai ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, lokaliti itu ialah Kampung Perpaduan Gumpa Kudat, Perumahan Sabah Forest Industry (SFI) Sipitang dan Penjara Tawau & Kuarters Penjara Taman Ehsan Tawau.


"Pelaksanaan PKPD bertujuan untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti itu," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, PKPD di Taman Jaya Diri Kota Kinabalu pula dilanjutkan sehingga 30 Julai ini.


Beliau berkata, PKPD di lokaliti itu sepatutnya dijadualkan pada 16 Julai tetapi dilanjutkan berkuatkuasa 17 - 30 Julai ini.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page