PKPD: EWON HULUR SUMBANGAN KEPADA PENDUDUK KG.NAHABAPKPD: EWON HULUR SUMBANGAN KEPADA PENDUDUK KG.NAHABA
top of page
  • Wartawan Nabalu News

PKPD: EWON HULUR SUMBANGAN KEPADA PENDUDUK KG.NAHABA


Padis (kiri) mewakili penduduk kampung menerima sumbangan itu.

25 NOV 2020


Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick menyampaikan sumbangan keperluan harian termasuk barangan makanan dan keperluan bayi untuk penduduk Kadamaian yang terlibat dalam arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).


Kampung yang terlibat dalam PKPD itu ialah Kg.Nahaba dan Kg.Tegudon, Kota Belud dalam kawasan DUN Kadamaian melibatkan seramai 1,740 penduduk. PKPD di dua lokaliti itu bermula sejak 20 November lalu.

Ewon berharap sumbangan itu sedikit sebanyak dapat membantu meringankan masalah dihadapi penduduk kampung berkenaan yang menghadapi kesukaran membeli barangan keperluan dapur kerana pergerakan terbatas.


“Penduduk kampung di kedua-dua lokaliti itu sukar mendapatkan barangan keperluan asas untuk bayi seperti makanan dan pampers "lampin" serta makanan harian kerana tidak dapat keluar membeli keperluan harian yang diperlukan.

“Oleh itu saya mengalu-alukan penglibatan semua pihak agar sama-sama menghulurkan bantuan terus kepada penduduk di kedua-dua kampung ini,” katanya.


Ewon yang juga Naib Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berkata, Ketua Cawangan Upko, Padis Mengisan iaitu mantan Ketua Kampung Kg Nahaba memaklumkan pelbagai masalah dan keperluan penduduk kampung sepanjang PKPD.

“Antaranya keperluan bayi dan warga emas, kehabisan pampers "lampin pakai buang" dan susu. Dua keperluan ini tidak termasuk dalam item bantuan Kerajaan melalui Pejabat Daerah yang telahpun menyampaikan bantuan bakul makanan sebelum ini.

“Sebab itu antara barangan yang saya sampaikan ialah pampers "lampin", susu, sabun dan ubat gigi. Barangan lain seperti sayur-sayuran juga dihantar bersekali ke kampung itu untuk diagih-agihkan kepada penduduk di Kg Nahab.

“Sumbangan ini mungkin tidak dapat memenuhi semua keperluan penduduk kampung, tetapi saya membantu setakat mana boleh dan berharap ia menjadi sebahagian daripada penyelesaian masalah mereka,” katanya.


Ewon turut meminta urusetia Pejabat Perhubungan ADUN Kadamaian untuk menghantar sumbangan air minuman ke pusat kuarantin Kota Belud di Rest House Kota Belud di mana beberapa penduduk Kadamaian terlibat perintah kuarantin.


Penyampaian sumbangan makanan dan keperluan lain itu dihantar oleh pegawai pejabat Adun Kadamaian, hari ini.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page