PKPD KAMPUNG BABAGON PENAMPANG MULAI 4 JULAI INI
- Wartawan Nabalu News
- Jul 2, 2021
- 1 min read

2 Julai 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kampung Babagon Penampang akan dilaksanakan pada 4 Julai hingga 17 Julai ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati kes di lokaliti itu telah meningkat dalam tempoh singkat dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti tersebut.
“KKM hari ini melaporkan situasi semasa kes Covid-19 di Kampung Babagon, Penampang dan sehingga kini, KKM telah melaksanakan 40 ujian saringan dan 11 daripadanya dikesan positif Covid-19,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.
Masidi berkata, setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Babagon, Penampang berkuat kuasa 04 Julai sehingga 17 Julai ini selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.
Beliau berkata, pelaksanaan PKPD ini untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut.


















Comments