PKPD KAMPUNG BALUNG COCOS, TAWAU PADA 1 – 14 JULAI
29 Jun 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Balung Cocos Tawau akan dikuatkuasakan pada 1 Julai hingga 14 Julai ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, pelaksanaan PKPD ini untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan Covid-19 dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut.
“Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah merekodkan sembilan kes setelah 27 orang penduduk menjalani ujian saringan dengan kadar positiviti 33.33%) di lokaliti itu.
“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Balung Cocos, berkuat kuasa 01 Julai sehingga 14 Julai ini selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan,” katanya.
Comments