PKPD KAMPUNG BARU BATU 2, JALAN APAS TAWAU, PADA 7 HINGGA 20 JULAI
- Wartawan Nabalu News
- Jul 5, 2021
- 1 min read

5 Julai 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kampung Baru Batu 2, Jalan Apas Tawau akan dilaksanakan bermula 7 Julai hingga 20 Julai ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan 14 ujian saringan dan sembilan daripadanya disahkan positif Covid-19.
“KKM juga mendapati kes telah meningkat dalam tempoh singkat dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti itu.
“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Baru Batu 2, Jalan Apas, berkuat kuasa 07 Julai sehingga 20 Julai 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.
Masidi berkata, pelaksanaan PKPD ini untuk memastikan penduduk berisiko dijangkiti Covid-19 kekal berada dalam kawasan.















Comments