top of page

PKPD KAMPUNG DAMBAI INANAM DAN DUA LOKALITI DI TAWAU DITAMATKAN

  • Wartawan Nabalu News
  • May 8, 2021
  • 1 min read

Updated: May 10, 2021



8 Mei 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Dambai Inanam dan dua lokaliti di Tawau ditamatkan esok (9 Mei) seperti yang dijadualkan sebelum ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 387 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 23 kes positif COVID-19 telah direkodkan.



“KKM melaporkan terdapat penurunan kes dan kluster adalah terkawal serta tiada lagi sampel saringan yang sedang menunggu keputusan.


“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju untuk menamatkan PKPD Kg. Dambai Inanam pada 9 Mei 2021 seperti yang dijadualkan selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Manakala bagi dua lokaliti di Tawau iaitu Bandar Sri Indah dan Kg. Titingan, KKM telah melaksanakan 1,192 ujian saringan di Bandar Sri Indah dan daripada jumlah itu, sebanyak 52 kes positif Covid-19 telah direkodkan.


“Sebanyak 852 ujian saringan telah dilaksanakan di Kg. Titingan dan telah merekodkan sebanyak 58 kes positif.


“KKM melaporkan terdapat penurunan kes dan kluster adalah terkawal serta tiada lagi sampel saringan yang sedang menunggu keputusan di kedua-dua lokaliti ini,” katanya.



 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page