top of page

PKPD KG.DESA BAJAU DAN KG.DASAR BARU LAHAD DATU DILANJUTKAN DUA MINGGU LAGI

Wartawan Nabalu News


14 DIS 2020


KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Desa Bajau dan Kampung Dasar Baru Lahad Datu dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, pelanjutan itu berikutan tahap risiko semasa penularan Covid-19 masih membimbangkan berikutan bilangan kes aktif yang masih tinggi.


Beliau berkata, PKPD di dua lokaliti itu sepatutnya dijadualkan tamat esok bagaimanapun dilanjutkan selama 14 hari lagi sehingga 29 Dis ini.


“Saringan seterusnya akan dilaksanakan terhadap penduduk kampung seramai 4,934 orang di kawasan itu.


“Bilangan kes kumulatif di Kampung Dasar Baru sebanyak 11 kes dan di Kg. Desa Bajau sebanyak 227 dan kes aktif di Kg Dasar Baru (10 kes) dan kes aktif di Desa Bajau (217 kes),” katanya.


Masidi berkata, kes aktif yang agak tinggi masih membimbangkan sebab itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan supaya tempoh PKPD di dua lokaliti itu dilanjutkan dua minggu lagi.


Sehingga kini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan 1,439 ujian saringan dan sebanyak 238 kes kumulatif Covid-19 direkodkan di kedua-dua lokaliti berkenaan.


KKM turut mengesahkan masih terdapat baki sampel saringan sebanyak 1,160 yang menunggu keputusan dan risiko untuk berlaku penularan COVID-19 dalam kalangan penduduk berikutan kes aktif yang tingg.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page