top of page

Sumbangan Mesin Pemotong Rumput Beroda amat dihargai

  • nabalunews
  • 10 minutes ago
  • 1 min read


20 Mei 2025


KOTA BELUD: Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Lobong-Lobong, Saudin Solinu, mewakili seluruh komuniti Kampung Lobong-Lobong, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.11 Kadamaian, atas sumbangan mesin pemotong rumput beroda yang diterima baru-baru ini.


Sumbangan tersebut diserahkan sempena Program Ramah Mesra Aidilfitri yang diadakan di Kampung Lobong-Lobong pada 16 April 2025.


Menurut Saudin, mesin tersebut amat berguna bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan kawasan kampung, termasuk Dewan Serbaguna dan kawasan gereja.


“Dengan adanya mesin ini, kerja-kerja penyelenggaraan dapat dilakukan dengan lebih efisien, sekali gus meningkatkan tahap kebersihan serta kemudahan infrastruktur di kampung. Ini pastinya memberi keselesaan kepada seluruh penduduk. Kami amat menghargai keprihatinan Datuk Ewon Benedick yang sentiasa menyokong pembangunan di kawasan ini,” katanya.


Saudin turut memaklumkan bahawa mesin tersebut akan digunakan secara optimum bagi penyelenggaraan padang, kawasan Dewan Serbaguna, serta persekitaran kampung dan gereja.


Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Datuk Ewon dalam usaha mempertingkatkan kemudahan asas demi kesejahteraan masyarakat di Kadamaian.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page