top of page

PKPD PENJARA TAWAU DAN KUARTERS PENJARA TAMAN EHSAN BERMULA 26 JUN

  • Wartawan Nabalu News
  • Jun 24, 2021
  • 1 min read


24 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sebanyak 14 kes positif Covid-19 telah direkodkan di Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan Tawau, hasil daripada 66 ujian saringan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kadar positiviti 21.21 peratus.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, pada masa sama, KKM mendapati kes meningkat dalam tempoh singkat dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti tersebut.


“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan, Tawau berkuat kuasa 26 Jun sehingga 09 Julai ini selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.


“Pelaksanaan PKPD ini untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut,” katanya.


 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page