top of page

PKPD: TIDAK MEMAKAI PELITUP MUKA, LEBIH MUATAN ANTARA DIKOMPAUN

  • Wartawan Nabalu News
  • Nov 5, 2020
  • 1 min read

Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah

5 Nov 2020

KUDAT: Sebanyak enam kompaun dikeluarkan terhadap mereka yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran sejak ia dilaksanakan 30 Oktober lalu hingga kelmarin (Rabu).

Ketua Polis Daerah Kudat, Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata, antara kesalahan tersebut adalah tidak memakai peliput muka dan kenderaan melebihi muatan.

“Masyarakat di daerah ini diingatkan supaya mematuhi Procedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang telah ditetapkan oleh kerajaan supaya kita sama-sama dapat membantu membendung penularan lanjut wabak Covid-19 di daerah ini.

“Setiap individu tidak kira orang perseorangan, pekerja atau majikan perlu mematuhi SOP dan mengamalkan norma baharu itu walaupun terdapat kelonggaran seperti dibenarkan ke bandar bagi urusan di bank dan membuka premis perniagaan semasa dalam waktu PKPD ini,” katanya selepas mengadakan pemantauan Operasi Khas Pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Landung Ayang.

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di tiga kampung di daerah Kudat, Sabah bermula 30 Oktober sehingga 12 November.

Tiga kawasan berkenaan adalah Kampung Pangaraban, Kampung Tanjung Kapur dan Kampung Landung Ayang yang melibatkan 2,393 unit rumah dengan 13,884 penduduk.

Selain PDRM, operasi berkenaan turut melibatkan Pejabat Kesihatan Daerah Kudat dan Pejabat Penerangan Daerah Kudat.

Hadir sama adalah Inspektor Kesihatan, Mohd Hamzah Zainal dan Pegawai Penerangan Daerah Kudat, Nadia M Lawaji.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page