top of page

Platform MyMahir latih pelajar dalam AI, wujudkan identiti AI Malaysia - PM

  • nabalunews
  • Dec 12, 2024
  • 1 min read



12 Disember 2024


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap 50,000 pelajar dapat dilatih dalam bidang kecerdasan buatan (AI), pengaturcaraan dan analisis data melalui platform MyMahir menjelang penghujung 2025 bagi mencorak nilai dan etika AI negara berdasarkan identiti Malaysia yang sebenar.


Beliau berkata latihan keupayaan kepada anak tempatan itu penting agar data yang dihasilkan oleh AI turut mengandungi input oleh Malaysia dan bukan hanya berdasarkan input dari sumber atau negara lain.


“Sebab itu kita harus latih keupayaan anak-anak tempatan untuk memberikan perisian supaya yang dilontarkan oleh AI itu adalah yang dimasukkan oleh kita, bukan hanya dimasukkan oleh pandangan barat atau timur atau sistem lain, tetapi ada yang khusus dari kita,” katanya seperti dilaporkan Bernama.


Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO)

di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page