top of page

‘Plot Twist’ Kematian Zara Tidak Benar – Peguam

  • nabalunews
  • 2 days ago
  • 1 min read

ree

14 Ogos 2025


KOTA KINABALU: Pasukan peguam yang mewakili keluarga mendiang Zara Qairina Mahathir, 13, menegaskan bahawa dakwaan kononnya anak guam mereka menjadi punca kematian remaja itu adalah tidak benar.


Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan pasukan peguam itu berkata, ia jelas merupakan satu naratif fitnah yang direka untuk menjatuhkan reputasi.


Katanya, sidang media yang diadakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar, membuktikan bahawa ‘plot twist’ yang ditularkan di media massa beberapa minggu lalu adalah tidak berasas.


“‘Plot twist’ itu adalah satu naratif jahat dan jijik yang direka untuk memfitnah anak guam kami dan Zara Qairina.


“Pasukan peguam turut merakamkan penghargaan kepada Datuk M Kumar, JSJ Bukit Aman dan Pasukan Petugas Khas kerana bertindak pantas dalam menyiasat kes kematian berkenaan,” katanya.


Kenyataan dikeluarkan secara bersama lima peguam yang terdiri daripada Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh dan Farrah Nasser


Sehubungan itu, pasukan peguam turut merayu kepada mana-mana individu yang mempunyai maklumat yang boleh membantu siasatan supaya tampil memberi kerjasama kepada pihak polis.


“Salurkan maklumat anda kepada polis. Jika anda takut atau memerlukan bantuan untuk berbuat demikian, anda boleh berjumpa dengan kami.


“Dalam pada itu, kami juga berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyokong dan berdoa bagi mencari keadilan buat Zara.


“Namun orang ramai diingatkan agar mengelakkan sebarang spekulasi tidak benar berhubung kes tersebut,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page