top of page

PM adakan perjumpaan tertutup bersama menteri luar India di New Delhi

  • nabalunews
  • Aug 20, 2024
  • 1 min read

 



20 Ogos 2024

 

NEW DELHI: Satu perjumpaan tertutup telah diadakan diantara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Menteri Luar India, Dr. S. Jaishankar, di sebuah hotel di New Delhi.

 

Pertemuan tersebut disertai oleh delegasi dari kedua-dua negara, menandakan kepentingan hubungan diplomatik antara Malaysia dan India.

 

Perjumpaan ini berlangsung sebelum Anwar bertemu dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi.

 

Sebelum pertemuan itu, Anwar turut menghormati sejarah India dengan meletakkan kalungan bunga di Gandhi Smriti, pusara Bapa Negara India, Mahatma Gandhi, yang disemadikan pada 31 Januari 1948.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page