PM akhiri lawatan di Jerman dengan pengukuhan hubungan Malaysia-Jerman
top of page
  • Wartawan Nabalu News

PM akhiri lawatan di Jerman dengan pengukuhan hubungan Malaysia-Jerman


17 Mac 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


HAMBURG: Dalam lawatan akhir Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jerman, beliau menegaskan bahawa hubungan dua hala antara kedua negara telah diperkukuhkan dan kebimbangan yang ada telah diredakan.


Dalam sidang media terakhirnya, beliau menyatakan bahawa pertemuan dengan Olaf Scholz, telah membuka perspektif baru Jerman terhadap isu Palestin.


"Kenyataan terbaru beliau menyeru penghentian serangan di Gaza untuk memastikan keamanan yang lebih terjamin dan penyelesaian dua negara."Ini adalah pengiktirafan terhadap hak rakyat Palestin yang telah lama terabai,” katanya.


Anwar juga menyambut baik reaksi positif yang diterima mengenai penegakan hak Palestin semasa sesi ramah mesra dengan komuniti Islam di Berlin dan Hamburg.


“Kita juga syukur kerana kenyataan itu mendapat liputan luas di Jerman dan seluruh dunia. Setiap kali ke masjid di Berlin dan solat Jumaat di Hamburg, umat Islam pelbagai negara dapat ikuti kenyataan saya.


“Sekali gus, mengharumkan nama Malaysia sebagai negara berdaulat dan ada sikap sendiri sebagai negara bebas,” jelasnya.


Selain itu, lawatan ini juga menyaksikan Malaysia bersetuju secara prinsip untuk menyertai Kelab Iklim yang dipelopori oleh Scholz, yang terdiri daripada 36 negara, dalam usaha menetapkan standard pelepasan karbon dioksida bagi produk tertentu.


Dalam lawatan ini, Anwar juga berpeluang untuk memberi pencerahan mengenai hubungan Malaysia dengan China melalui dialog dengan kepimpinan Jerman dan memberi ucapan di acara-acara penting seperti Hari Masa Depan untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Makan Malam Persahabatan Asia Timur ke-101.


“Saya sampaikan keperluan sikap lebih bertolak-ansur, hormat pendirian masing-masing walaupun berlainan wilayah dan agama.


“Kita berterus terang, kita dapat menarik perhatian mereka. dan apabila mereka (kerajaan Jerman) beri penghormatan, syarikat-syarikat Jerman lebih lunak (dalam rundingan).


“Jarang dalam dalam kunjungan rasmi, peluang berucap dalam sidang utama tidak hadiri. Tetapi kita terpaksa tolak (kerana terlalu banyak jemputan) termasuk dari Universiti Hamburg,” ujarnya.


Perdana Menteri juga mengucapkan terima kasih kepada kedutaan Malaysia di Jerman atas perancangan yang rapi dalam menjayakan lawatan rasmi ini. Lawatan rasmi Anwar Ibrahim ke Jerman bermula pada 11 Mac dan berakhir pada Jumaat.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page