PM Anwar ajak rakyat kibar Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan
top of page
  • Wartawan Nabalu News

PM Anwar ajak rakyat kibar Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan


22 Ogos 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat Malaysia untuk mengibar Jalur Gemilang di setiap tempat sempena Bulan Kebangsaan.


Beliau berkata ini adalah sebagai tanda kesetiaan dan kecintaan pada negara serta penghargaan terhadap perjuangan generasi terdahulu dalam mencapai kemerdekaan.


Dalam pada itu, beliau turut mengajak rakyat untuk meraikan Bulan Kebangsaan dengan semangat yang tinggi dan menunjukkan bahawa mereka adalah satu generasi yang memahami cita-cita dan idealisme negara.


"Saya syorkan mulai sekarang sehingga 31 Ogos Hari Kemerdekaan negara dan seterusnya Hari Malaysia 16 Sept, kita kibar Jalur Gemilang dengan megah.


“Di setiap kenderaan, di setiap jabatan, di rumah, di mana sahaja untuk menunjukkan bahawa Malaysia sekarang bangkit sebagai negara yang bersatu padu, punyai cita-cita, punyai idealisme untuk menghayati semangat kemerdekaan," katanya dalam video Ucapan Khas Perdana Menteri sempena Hari Kebangsaan 2023 yang diterbitkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) .


Tambah beliau, tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) tahun ini ialah "Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan".


Anwar juga menyatakan bahawa sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos akan diadakan di Dataran Putrajaya , manakala sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept berlangsung di Kuching, Sarawak .


Beliau berharap dengan sambutan Bulan Kebangsaan ini, rakyat Malaysia dapat meningkatkan kecintaan dan kebanggaan terhadap negara serta memupuk perpaduan dan toleransi antara kaum dan agama.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page