PM Anwar: Hubungan Malaysia-China penting dan berkeutamaan
top of page
  • Wartawan Nabalu News

PM Anwar: Hubungan Malaysia-China penting dan berkeutamaan


31 Mac 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


BEIJING: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa hubungan dua hala antara Malaysia dan China adalah penting dan berkeutamaan bagi negara.


Anwar yang sedang menjalani lawatan rasmi empat hari ke China, turut memuji kemajuan ekonomi dan teknologi negara itu yang disifatkan sebagai “raksasa” di dunia.


Beliau juga menekankan bahawa Malaysia dan China mempunyai hubungan dagangan yang baik dan tidak menimbulkan sebarang masalah.


“China adalah jiran (hubungan rapat) dan China sebagai rakan dagang yang penting untuk Malaysia.“… dan sebab itu (saya) memberikan keutamaan untuk datang ke China dulu.


"Sebagai negara perdagangan, kita mesti mengekalkan hubungan yang baik dengan semua (negara) termasuk Amerika Syarikat,” katanya.


Beliau berkata demikian sempena ulang tahun ke-50 hubungan dua hala antara kedua-dua negara yang disambut pada 30 Mac 2023.


Anwar juga menyentuh mengenai persaingan teknologi antara negara-negara Asia dan menyeru agar ia tidak membawa kepada perpecahan.


“Persaingan teknologi seharusnya menjadi antara agenda utama untuk perbincangan di peringkat tertinggi, setanding dengan wacana mengenai hal-hal keselamatan dan ekonomi am. Asia perlu mewujudkan penghadang tertentu supaya persaingan tidak membawa kepada perpecahan, yang hanya akan meningkatkan kos dan menghalang kemajuan,” ujarnya.


Selain itu, Anwar juga meluangkan masa beramah mesra dan berbuka puasa bersama komuniti Islam di Beijing dan Hainan, serta menyertai Forum Boao bagi Asia 2023.

Lawatan rasmi Anwar ke China akan berakhir pada Sabtu ini.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page