PM Anwar Ibrahim yakin dasar luar Malaysia kekal kukuh dalam era Trump

21 Disember 2024
SUBANG: Malaysia bertekad untuk terus mengukuhkan hubungan dua hala dan mengekalkan kestabilan ekonominya meskipun dunia kini berhadapan dengan perubahan dinamik, termasuk peralihan kepimpinan Amerika Syarikat (AS) dengan Donald Trump kembali sebagai Presiden pada tahun hadapan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan keyakinannya bahawa Malaysia dapat mempertahankan keutamaan dalam dasar luar dan ekonomi, terutama dengan mengekalkan hubungan erat dengan AS.
"Pasukan saya telah berhubung dengan pasukan Trump dan setakat ini perbincangan awal menunjukkan perkembangan positif. Pilihan terbaik adalah untuk mengekalkan hubungan yang baik dengan Amerika Syarikat," katanya dalam sidang media hari ini.
Beliau turut menegaskan bahawa AS kekal sebagai pelabur kumulatif utama Malaysia, di samping negara kuasa besar lain seperti China dan Jerman.
Menurut Anwar, hubungan erat dengan AS adalah penting khususnya dalam sektor berteknologi tinggi, yang menjadi antara fokus utama Malaysia dalam kerjasama dua hala.
Comments