top of page
nabalunews

PM Anwar tekan pentingnya tata kelola dalam pentadbiran negara




26 September 2024

 

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa sepanjang hampir dua tahun pentadbirannya, tiada bantahan daripada pimpinan parti gabungan Kerajaan Perpaduan mengenai keputusan yang melibatkan tata kelola.

 

Keputusan kontroversi baru-baru ini untuk membatalkan perancangan sebuah kementerian dan agensi membawa 68 pegawai ke pameran di Berlin, Jerman, turut mendapat sokongan penuh daripada Jemaah Menteri.

 

Menurut Anwar, keputusan ini selaras dengan usaha untuk memastikan amalan yang tidak berdisiplin tidak menjadi kebiasaan dalam pentadbiran, sekaligus mengurangkan risiko kepada kelangsungan negara.

 

"Ini mengenai kelangsungan negara kita. Sebab itu saya kata mesti mula dengan isu tata kelola. Pimpinan mesti beri contoh yang baik," tegas Anwar.

 

Perdana Menteri juga mengingatkan bahawa semua projek, lawatan, dan tugasan ke luar negara perlu mendapat kelulusan daripada Ketua Setiausaha Kementerian dan menteri berkenaan, sebagai sebahagian daripada langkah memperkukuh amalan tata kelola. Ini susulan beberapa syarikat dan agensi kerajaan membuat keputusan berdasarkan kepentingan sendiri, bertentangan dengan amalan yang diterapkan di bawah kepimpinan beliau.

 

Selain itu, Anwar turut menekankan keperluan untuk meneroka disiplin baharu seperti digital, kecerdasan buatan (AI), kejuruteraan, dan matematik bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara yang lebih baik.

 

"Kita sekarang terikat dengan pendekatan lama, dan ini menghalang perkembangan kita... kita mesti meneroka disiplin baru," katanya pada majlis Forum Ilmuan Malaysia MADANI anjuran Tenaga Nasional Bhd malam tadi.PM Anwar tekan pentingnya tata kelola dalam pentadbiran negara

 

26 September 2024

 

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa sepanjang hampir dua tahun pentadbirannya, tiada bantahan daripada pimpinan parti gabungan Kerajaan Perpaduan mengenai keputusan yang melibatkan tata kelola.

 

Keputusan kontroversi baru-baru ini untuk membatalkan perancangan sebuah kementerian dan agensi membawa 68 pegawai ke pameran di Berlin, Jerman, turut mendapat sokongan penuh daripada Jemaah Menteri.

 

Menurut Anwar, keputusan ini selaras dengan usaha untuk memastikan amalan yang tidak berdisiplin tidak menjadi kebiasaan dalam pentadbiran, sekaligus mengurangkan risiko kepada kelangsungan negara.

 

"Ini mengenai kelangsungan negara kita. Sebab itu saya kata mesti mula dengan isu tata kelola. Pimpinan mesti beri contoh yang baik," tegas Anwar.

 

Perdana Menteri juga mengingatkan bahawa semua projek, lawatan, dan tugasan ke luar negara perlu mendapat kelulusan daripada Ketua Setiausaha Kementerian dan menteri berkenaan, sebagai sebahagian daripada langkah memperkukuh amalan tata kelola. Ini susulan beberapa syarikat dan agensi kerajaan membuat keputusan berdasarkan kepentingan sendiri, bertentangan dengan amalan yang diterapkan di bawah kepimpinan beliau.

 

Selain itu, Anwar turut menekankan keperluan untuk meneroka disiplin baharu seperti digital, kecerdasan buatan (AI), kejuruteraan, dan matematik bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara yang lebih baik.

 

"Kita sekarang terikat dengan pendekatan lama, dan ini menghalang perkembangan kita... kita mesti meneroka disiplin baru," katanya pada majlis Forum Ilmuan Malaysia MADANI anjuran Tenaga Nasional Bhd malam tadi.

Comentários


bottom of page