top of page

PM Anwar Tiba di Sabah, Hadiri Majlis Sentuhan MADANI Bersama Rakyat

  • nabalunews
  • Dec 6, 2025
  • 1 min read

6 Disember 2025


KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu  pada jam 2.33 petang bagi menghadiri Majlis Sentuhan MADANI Bersama Rakyat Negeri Sabah.


Ketibaan beliau di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa KotaKinabalu  (LTAKK) pada Sabtu  disambut oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, Setiausaha Kerajaan Negeri , Datuk Seri Safar Untong serta Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Ja'afar.


Hadir sama, Timbalan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Fairuz Renddan serta Pembantu Menteri Pendidikan Sains Teknologi dan Inovasi, Jordan Jude Ellron.

Turut bersama-sama Anwar ialah Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek./Penerangan-

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page