- Wartawan Nabalu News
PM Anwar ucap takziah kepada keluarga Abdul Ghapur
4 Julai 2023
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh, 80 meninggal dunia pada pukul 12.07 tengah malam Selasa di Hospital Gleneagles.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam satu kenyataan di laman Facebooknya, mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan memuji jasa dan pengorbanannya kepada negara dan negeri Sabah.
“Saya mengutuskan salam takziah kepada keluarga serta mendoakan roh Allahyarham ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh,” katanya.
“Jasa dan pengorbanan Allahyarham kepada negara dan negeri Sabah akan sentiasa dikenang buat selamanya,” tambahnya.
Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas pagi ini.
Abdul Ghapur merupakan seorang tokoh politik yang berpengalaman dan pernah menjawat pelbagai jawatan dalam Kabinet negeri antara 1995 dan 1997, termasuk Menteri Kewangan Sabah, Menteri Komunikasi dan Kerja Raya Sabah.
Comments