top of page

PM: Kerajaan teguh sokong APMM, pertahanan negara diberi perhatian wajar dalam Belanjawan 2026

  • nabalunews
  • Sep 27
  • 1 min read

ree

27 September 2025


SANDAKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen kerajaan untuk terus memperkasakan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebagai benteng utama keselamatan maritim negara.


Beliau berkata, Kerajaan MADANI akan terus berdiri teguh bersama APMM sambil menyifatkan keberanian, disiplin dan pengorbanan anggota agensi itu sebagai tunjang pertahanan negara yang wajar dihargai.


“Justeru, pelbagai inisiatif sedang dan akan dilaksanakan daripada memperkukuh aset, meningkatkan latihan, sehinggalah menambah baik kebajikan anggota agar agensi ini terus gagah, dihormati dan berdaya saing dalam mendepani cabaran semasa,” katanya menerusi hantaran di Facebook.


Terdahulu, Perdana Menteri menyampaikan amanat sempena Jelajah Wira MADANI dan Sambutan Ulang Tahun Ke-20 APMM di sini, hari ini.


Anwar turut memberi jaminan bahawa aspek pertahanan negara akan terus diberikan perhatian sewajarnya dalam Belanjawan 2026, meliputi pelbagai agensi termasuk APMM bagi memastikan kesiapsiagaan berada pada tahap terbaik.


Dalam perkembangan lain, beliau menegaskan bahawa pembangunan Sabah mesti dipacu dengan lebih pesat dan menyeluruh.


“Antara yang diberi keutamaan ialah pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo, penambahbaikan bekalan air, peningkatan fasiliti kesihatan serta infrastruktur asas lain.


“Semua ini penting untuk merapatkan jurang pembangunan dengan Semenanjung, seterusnya memastikan rakyat Sabah menikmati kemudahan yang lebih baik, selesa dan berkualiti,” katanya.


Tambahnya, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri akan terus berganding bahu kerana kesejahteraan rakyat Sabah adalah keutamaan yang tidak boleh ditangguhkan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page