PM lancar 11 projek pengangkutan dan logistik baharu dalam KSP RMK12
top of page
  • Wartawan Nabalu News

PM lancar 11 projek pengangkutan dan logistik baharu dalam KSP RMK12


11 Sept 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melancarkan 11 projek pengangkutan dan logistik baharu yang akan dilaksanakan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) yang bertemakan “Mampan, Sejahtera dan Berpendapatan Tinggi”.


Beliau berkata projek-projek berkenaan adalah bertujuan untuk memastikan pembangunan infrastruktur negara yang mampan dan berdaya tahan, serta untuk meningkatkan akses dan ketersambungan rakyat dengan perkhidmatan pengangkutan awam yang semakin cekap, berdaya harap, mampu bayar dan selamat.


“Selain itu, pembangunan pelabuhan baharu di Pulau Carey dijangka dapat mengukuhkan Pelabuhan Klang sebagai hab pemindahan kapal serantau,” katanya ketika membentangkan usul KSP RMK12 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.


Beliau juga berkata kerajaan akan menambah baik kerja-kerja penyenggaraan infrastruktur pengangkutan bagi memanjangkan jangka hayat jalan raya, aset rel dan peralatan navigasi udara.


Antara projek-projek yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri adalah pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B, Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang, pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, pembangunan semula Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, naik taraf Lebuhraya Timur-Barat dari Gerik, Perak ke Jeli, Kelantan.


Selain itu, perluasan perkhidmatan Bus Rapid Transit (BRT) dan bas dalam bandar termasuk di Johor Bahru dan Lembah Klang, naik taraf Lebuhraya Senai-Desaru, pelebaran Lebuhraya Utara-Selatan (dari Yong Peng ke Senai Utara) secara berfasa, pembinaan Sarawak-Sabah Link Road II dan naik taraf jalan dari Tanah Rata ke Kea Farm, Cameron Highlands.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page