top of page

PM Mahu Persediaan Mantap Dilakukan Menjelang Kepengerusian ASEAN 2025

  • nabalunews
  • Sep 19, 2024
  • 1 min read

19 September 2024


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata setiap kementerian mesti membuat persiapan yang rapi dan komprehensif menjelang kepengerusian Malaysia dalam ASEAN pada tahun 2025, yang hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi.


Malaysia akan mengambil alih jawatan tersebut daripada Laos, dan beliau menggesa semua pihak yang terlibat agar memastikan segala aspek persiapan dijalankan dengan teliti dan lancar.


Beliau berkata, persediaan yang mantap adalah kunci untuk memastikan Malaysia dapat memainkan peranan penting dalam menjayakan matlamat dan visi ASEAN bagi tahun 2025, terutamanya dalam memastikan hubungan diplomatik dan kerjasama ekonomi antara negara-negara anggota kekal kukuh.


Menerusi catatan di laman Facebook, beliau berkata Malaysia perlu menjadi peneraju hebat dengan menyusun pelbagai program yang benar-benar memberi kesan mendalam kepada komuniti ASEAN secara keseluruhannya.


Terdahulu, Anwar mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan bagi Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 di Putrajaya.


Laos akan menyerahkan jawatan itu pada Sidang Kemuncak ASEAN yang berlangsung dari 8 hingga 11 Okt ini.


Malaysia sebelum ini pernah memegang jawatan Pengerusi ASEAN sebanyak empat kali iaitu pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page