top of page

PM Mahu Rumah Orang Asli Dibina Ikut Budaya Mereka - Ahmad Zahid

  • nabalunews
  • Sep 27, 2024
  • 1 min read



27 September 2024


KLUANG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pembinaan rumah bagi penempatan masyarakat Orang Asli didirikan mengikut cita rasa dan budaya masyarakat itu.


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau telah menerima kertas kerja berkaitan perkara itu yang diserahkan Perdana Menteri selepas Mesyuarat Jemaah Menteri semalam.


"Perdana Menteri telah memberikan satu kertas kerja kepada saya dan saya telah serahkan kepada Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).


"Apa yang beliau (Perdana Menteri) mahukan dan mengarah kepada saya bahawa rumah-rumah Orang Asli mesti didirikan sesuai dengan cita rasa mereka dan mengikut budaya dan latar belakang penduduk itu," katanya seperti dilaporkan Bernama.


Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian semasa berucap pada Majlis Tautan Kasih di Kampung Orang Asli Tanah Runtuh di sini semalam, yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang.


Susulan itu, Ahmad Zahid berkata satu sesi penerangan akan dilakukan kepada semua ketua masyarakat Orang Asli atau Tok Batin di seluruh negara bagi tujuan pelaksanaan dan penyelarasan kerja.


Pada ucapannya, Ahmad Zahid juga memaklumkan akan meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk meluaskan jalan masuk ke Kampung Orang Asli Tanah Runtuh itu bagi keselesaan dan keselamatan penduduk di kawasan berkenaan.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page