top of page

PM pengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 di SICC

  • nabalunews
  • Sep 11, 2024
  • 1 min read

11 September 2024


KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 (MTPMA63) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, esok.


Mesyuarat yang dijadualkan bermula jam 2.30 petang itu dijangka turut dihadiri Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.


Mesyuarat itu adalah antara program yang disusun dalam lawatan kerja Perdana Menteri ke Sabah yang bermula malam ini.


Datuk Seri Anwar dijadual tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), pada jam 8 malam ini sebelum menghadiri Majlis Makan Malam Kerajaan Negeri Sabah di Magellan Sutera, di sini, pada jam 8.30 malam.


Pagi esok pula, Perdana Menteri dijadual berlepas ke FELDA Sahabat, Lahad Datu bagi menghadiri program Santunan Budi Tautan Kasih FELDA MADANI di FELDA Sahabat, Lahad Datu yang dijadual bermula pada jam 9.30 pagi.


Selesai majlis di Lahad Datu, Anwar dijadual kembali ke Kota Kinabalu bagi menghadiri Mesyuarat MTPMA63 pada jam 2.30 petang sehingga 4.30 petang sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.


Perdana Menteri sekali lagi dijadual datang ke Sabah pada Isnin depan bagi menghadiri sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan di Padang Merdeka Kota Kinabalu.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page