top of page

PM terima penyerahan motosikal nasional AFAZ Kencana Sport

  • nabalunews
  • 8 minutes ago
  • 1 min read

15 Januari 2026


PUTRAJAYA: Malaysia melakar detik penting dalam pembangunan industri automotif apabila jenama motosikal nasional AFAZ Kencana Sport secara rasmi diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.


Anwar berkata, kejayaan itu adalah hasil kerjasama strategik industri tempatan dan antarabangsa berteraskan dasar Automotive Manufacturing 2 (AM-2), yang antara lainnya menekankan keupayaan kejuruteraan tempatan serta mengurangkan kebergantungan kepada import.


“Kerjasama industri tempatan dan rakan teknologi antarabangsa ini bakal membuka lebih banyak peluang pekerjaan, mengukuhkan kepakaran kejuruteraan tempatan dan menggerakkan rantaian industri bernilai tinggi dalam negara.


“Saya percaya, inisiatif ini melambangkan keyakinan terhadap kemampuan anak tempatan dan usaha berterusan kerajaan dalam membina ekonomi yang lebih kukuh, berdaya saing dan mampan,” katanya menerusi hantaran di media sosial.


Tambah beliau, kerajaan akan terus berusaha membawa Malaysia melangkah ke hadapan dalam membina industri motosikal yang lebih berdaya tahan dan berdaya saing, berpaksikan keupayaan tempatan dengan disokong kerjasama global serta dipandu aspirasi nasional.


AFAZ adalah jenama motosikal Malaysia yang diperkenalkan oleh KMSB Motors Sdn Bhd dengan kerjasama teknikal daripada Suzuki Motor Corporation Jepun, dan menjadi jenama nasional kedua selepas Modenas.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page