top of page

Polis Buru Lelaki Dikehendaki Bantu Siasatan Kes Narkotik di Penampang

  • nabalunews
  • Mar 19
  • 1 min read

Oleh: Romie Stanley DGuns


19 Mac 2026


PENAMPANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berkaitan kes jenayah di Sabah.


Identiti suspek yang dikehendaki dikenal pasti sebagai Ong Chun Seong, pemegang kad pengenalan nombor 890118-56-XXXX. Pihak berkuasa percaya beliau mempunyai maklumat penting untuk membantu menyelesaikan siasatan.


Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan suspek diminta tampil membantu dengan menghubungi terus Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Ariff Jali di talian 011-33855989.


Saluran maklumat lain turut dibuka melalui talian tetap IPD Penampang di 088-712 222 atau talian gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang di 088-723 961. Maklumat juga boleh disalurkan ke mana-mana balai polis berhampiran.


Pihak polis menasihatkan orang awam supaya tidak mengambil sebarang tindakan sendiri terhadap individu tersebut. Segala maklumat yang diterima akan dirahsiakan sepenuhnya demi kelancaran siasatan.


Kerjasama orang ramai amat penting bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page