POLIS BURU SUSPEK KES ROMPAK BERKUMPULAN
- nabalunews
- 1 hour ago
- 1 min read

14 Mei 2025
LAHAD DATU: Polis daerah ini memburu seorang lelaki yang terlibat dalam kes rompak berkumpulan menggunakan senjata besi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Jimmy Panyau berkata, suspek terlibat dalam kejadian yang berlaku di hadapan kedai Bata, di bandar Lahad Datu pada 6 Mei lalu.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu melakukan samun bersenjata api secara berkumpulan.
“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat lanjut diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Ernita Mark di talian 089-881255.
“Orang ramai juga boleh tampil ke mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Comments