Tindakan Pantas Polis Selamatkan Lelaki Dari Terjun Bangunan
- nabalunews
- 6 hours ago
- 1 min read

14 Mei 2025
KOTA KINABALU: Tindakan pantas polis berjaya menyelamatkan nyawa seorang lelaki yang dipercayai cuba terjun dari sebuah hotel di pusat bandar, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, lelaki berusia 20-an itu yang dipercayai gagal mengawal emosi dikatakan cuba terjun dari tingkat 25 bangunan berkenaan.
Bagaimanapun, tindakan pantas polis yang hadir di lokasi sebaik menerima laporan daripada orang awam sempat menenangkan mangsa.
Difahamkan, anggota polis bertugas berjaya memujuk mangsa sebelum lelaki itu dibawa teman wanitanya kembali ke bilik mereka.
Comments