top of page

Permohonan masuk Tabika Perpaduan sesi 2027 dibuka sehingga 31 Ogos

  • nabalunews
  • Mar 17
  • 1 min read

17 Mac 2026


KUALA LUMPUR: Permohonan kemasukan ke Tabika Perpaduan bagi sesi 2027 dibuka bermula 15 Mac hingga 31 Ogos ini dan boleh dibuat secara dalam talian.


Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, syarat kemasukan terbuka kepada warganegara Malaysia yang mempunyai sijil kelahiran dan MyKad serta berumur antara empat hingga enam tahun.


"Keutamaan diberikan kepada pemohon yang tempat kediaman atau tempat kerja ibu bapa berada dalam lingkungan 10 kilometer dari lokasi Tabika Perpaduan," katanya menerusi kenyataan di laman Facebook beliau hari ini.


Menurut Aaron, Tabika Perpaduan diperkukuhkan melalui Pelan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Tabika Perpaduan 2021–2030.


Ujarnya, pelan berkenaan merupakan inisiatif strategik Kementerian Perpaduan bagi memberi suntikan dan nafas baharu kepada program pendidikan awal kanak-kanak di seluruh negara.


“Pelan ini bertujuan memperkukuh peranan Tabika Perpaduan sebagai institusi yang bukan sahaja membangunkan potensi kanak-kanak secara menyeluruh, malah membentuk generasi cintakan negara serta mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian,” katanya.


Setakat ini, terdapat 1,781 Tabika Perpaduan di seluruh negara dengan jumlah murid seramai 34,817 orang, menjadikan institusi ini antara platform penting dalam membina asas pendidikan awal serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan kanak-kanak sejak usia muda.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page